Saturday, May 9, 2009

Pengorbanan seorang adik

Hanya satu kisah…
Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.


Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.


Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,
"Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.
Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"


Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,
"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.
Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.


Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran.. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang…!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik.
Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku
memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…. .


"Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen..
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"


Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,
"Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,
"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak… Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,
"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya" katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.


"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya.
"Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar "
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..


p/s: cerita di atas pemberian seorang rakan. wallahualam..semoga bermanfaat.. ;)

Palestin, bumi pahlawan.

“dik bangun pagi,dik”. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi.
Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga,lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik.
Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.
Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad telah mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid.

Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk dipenjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid.
Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan.
Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid.

Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah.
Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku.

"Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak toleh kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis,terus peluk ummi. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk dipenjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah.

Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana perginya walid. Ummi hanya diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik,indah. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk.
"Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu.
Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam.
Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu namanya ‘bom tangan’ bukannya bola seperti yang disangka adik Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi.
Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa.
Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik.

Abang dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang.
"Abang nak pergi mana?" tanya adik seperti orang bodoh.
"Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.
Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi.

Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala.Bukan Israfil tapi Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil.

Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang rongak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik dengar ada orang menjerit takbir di luar rumah.Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu.
Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik.

Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi.

Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh.

"Ummi, kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik.

"Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan.

"Cantik macam syurga ke ummi?" adik tanya lagi.

Ummi senyum.

"Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika sebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi.

Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.


Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran.

"Bismillah hirrahman nirrahim.."

Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quran satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari.
Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar.

"Syukur ya Huda, anakmu Yassin syahid…"muncul Mak Cik Fatima di depan rumah.

"Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda.

Tindakannya menyebabkan tiga belas orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan dua lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik terkejut. Nama Israfil.bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap.

Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima belas minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri org munafik ialah mungkir apabila berjanji.

Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya malam semalam Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya.

Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian abang dan akhirnya Jamal. Adik berjalan pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel.

Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Allah..Allah. Mata adik merah.

Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi.

Tiba-tiba.....poom!!! Pistol yang diacu memuntahkan isinya.

"Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah.

Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit.Sakit sangat… Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuh untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa.

Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.


"Ummi,adik rasa mengantuk,penat…adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut Jamal, walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk,berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.


Dipetik dan diubahsuai dari: http://www.palestinkini.info/

Selamat hari ibu ya ummi!

Bismillah...

10 may merupakan tanggal hari ibu yang disambut serata dunia sebagai menghargai jasa ibu-ibu yang melahirkan setiap insan di dunia ini. sempena hari bu hari ini, terdetik di hati untuk menulis blog kali ini sebagai penghargaan setiap ibu di dunia terutamanya my Umi  sendiri, Faridah binti Jusoh.

tidak dinafikan jasa ibu yang terlalu banyak dalam membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna, insyaALLAH. ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya berjaya. Dalam kehidupan sekarang yang semakin banyak dugaan hidup, ibu merupakan tulang belakang kepada kejayaan sesuatu famly dalam mendidik dan membentuk keperibadian anak-anaknya. Ibu merupakan insan yang patut kita dahului dari segalanya yang ada di bumi ini. tanpa ibu tiadalah kita di dunia. Bahkan dalam islam sendiri, golongan ibu ini diangkat begitu tinggi sesuai dengan jasa dan pengorbanan mereka sehingga Islam menyatakan bahawa syurga itu di bawah tapak kaki ibu, betapa hebatnya martabat golongan ibu di mata ISLAM. tidak akan mencium syurga seseorang itu andai kata menderharkai ibunya. maha suci ALLAH.

Rasulullah juga mengingatkan kita akan keagungan golongan ibu apabila baginda ditanya siapakah yang patut kita sayangi selepas ALLAH dan rasulnya, maka jawab rasulullah adalah ibu dan ianya dijawab sebanyak tiga kali dan barulah bapa. sesungguhnya jasa ibu memang terlalu besar kepada kita. Boleh dikatakan setiap hari adalah hari ibu, akan tetapi tidak salah jika kita sama-sama menyambut hari ibu ini setahun sekali dan membuat sedikit kelainan dalam menghargai golongan ini untuk mengingatkan mereka akan betapa pentingya golongan ibu dalam kehidupan kita. 

umi, jasamu terlalu besar dalam mendidik dan memberi dorongan terhadap anakmu. mungkin anakmu ini tidaklah sehebat manusia agung lain, akan tetapi insyaALLAH dengan usaha dan iringan doamu, anakmu ini akan berusaha untuk memastikan kehidupan mu dilengkapi dengan pengisian yang penuh bermakna dari kehidupan dunia dan akhirat kelak, insyaALLAH. Umi, jasamu takkan terbalas dengan jutaan wang ringgit kerana apa yang umi berikan itu lebih berharga dari nilai wang ringgit. bahkan kekadang umi sanggup mengikat perut dan keinginan demi membesarkan anak-anak mu. umi, engkaulah manusia agung yang menjadi pembakar semangat kepada anakmu ini untuk terus mengorak langkah ke depan demi memajukan diri,keluarga dan agama.

anakmu ini cukup menghargai segala pengorbanan yang diberikan umi sejak dari kecil hinggalah bakal memasuki alam perkerjaan nanti. umi,umi dan umi sentiasa memberi dorongan sejak aku masih kecil sehinggalah sekarang. tidak pernah berkata tidak kepada apa yang aku nyatakan,  akan tetapi menyuruh aku lebih banyak berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan. dengan usiamu genap 42 tahun pada 5 hari lepas, membuatkan aku terfikir usiamu semakin meningkat. akan tetapi tiada lagi jasa yang mampu anakmu berikan untukmu melainkan doa kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat buat masa ini.

insyaALLAH, sesenang atau sesusah mana pun anak mu kelak, jasa umi takkan dilupakan begitu sahaja. umilah insan yang cukup aku sayangi dan kagumi. keperibadianmu cukup membuatkan aku berasa kagum dan bangga. itulah umiku.tidak pernah menunjukkan kesusahan dan penderitaannya pada orang lain melainkan dirinya sahaja yang tahu. insyaALLAH aku mempunyai perancangan tersendiri untuk umiku yang akan aku usahakan untuk merealisasikannya kelak. ikutkan hati, ingin aku pulang dan meraikan hari ibu bersama umi, akan tetapi anak mu ini masih ade perjuangan yang belum selesai. insyaALLAH jika diizinkan ALLAH, anakmu akan menyambutnya pada tahun-tahun yang mendatang.

Umi, selamat hari ibu. engkaulah sumber inspirasiku dalam mengejar kebahgiaan hidup di dunia dan akhirat. engkaulah insan yang aku sanjungi. tugas mu bukan sekadar mendidik dan menjaga keluarga bahkan turut membantu abah dalam menambah pendapatan keluarga. umi yang tak pernah mengharapkan kemewahan melainkan kejayaan anak-anak semata-mata. umi adalah ibu mithali yang terbaik dalam dunia ini. semoga ALLAH panjangkan usia,merahmati, memberkati serta murahkan rezeki umi. insyaALLAH.

post ini hanyalah sebagai luahan hatiku yang masih lagi tidak sama dengan perasaan sebenar. sebagai berkongsi rasa cinta dan sayang pada umiku, Faridah binti Jusoh yang sedang berada di Chukai,kemaman terengganu.Engkaulah ratu hatiku.Terima kasih umi.


-maby86-

Friday, May 8, 2009

Saudagar Tuhan

Abdul Rahman Bin Auf adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang akrab. Beliau juga adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya sebagaimana juga halnya dengan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a. Menurut ahli sejarah, Abdul Rahman Bin Auf dilahirkan 10 tahun sesudah tahun gajah dan beliau hidup sebagai seorang pemuda Quraisy dikota Mekah yang ketika itu penuh dengan bermacam-macam kemaksiatan jahiliah berupa penyembahan berhala maupun kejahatan-kejahatan lainnya. Namun demikian Abdul Rahman   terhindar dan bermacam-macam kejahatan yang berleluasa ketika itu. Bahkan sebelum memeluk agama Islam lagi, Abdul Rahman Bin Auf telah mempunyai anggapan bahawa minuman arak itu adalah terlarang.

Abdul Rahman Bin Auf telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w memasuki Darul Arqam lagi. Dengan hal demikian nyatalah bahawa beliau tergolong orang-orang Islam yang permulaan dan menurut riwayat beliau adalah orang yang 8 dan orang-orang permulaan yang memeluk Islam. Adalah diriwayatkan bahawa ibu Abdul Rahman Bin Auf sesudah mengetahui Abdul Rahman Bin Auf memeluk Islam, iapun berkata kepada anaknya, "Aku akan berjemur dipanas matahari yang terik di waktu siang dan di waktu ma1am yang sejuk aku akan bermalam diruang lapang, hinggalah engkau mengaku akan kembali semula kepada agama nenek moyangmu. Dimikian ibunya mengancam. Sungguhpun begitu Abdul Rahman Bin Auf tetap tegak memeluk ugama suci dan mencintai Rasulullah S.A.W.

Adapun nama asal Abdul Rahman sebelum beliau memeluk Islam ialah Abdul Ka'abah, tetapi kemudian setelah Islam beliau menukar namanya kepada Abdul Rahman. Sebagai seorang sahabat Rasulullah yang akrab, Abdul Rahman mempunyai satu keistimewaan yang khas iaitu berjuang untuk menegakkan ugama Allah bukan saja dengan pedangnya bahkan dengan harta dan kekayaannya. Beliaulah antara para sahabat yang banyak sekali mengorbankan kekayaannya untuk memperjuangkan kepentingan Islam. Abdul Rahman pernah membahagikan dua kekayaannya untuk dibahagikan kepada fakir miskin dan pernah pula menyerahkan seluruh kekayaannya untuk keperluan sabilillah demi menegakkan panji-panji Islam.

Ramai sahabat yang telah memimpin penjuangan Islam dan menyibarkan syiar Islam yang berjuang sebagai panglima atau sebagai pahlawan Islam yang dikenal sejarah, tetapi Abdul Rahman Bin Auf telah melakukan kepahlawanannya dengan jalan menyerahkan seluruh kekayaannya dalam menegakkan Islam.

Sebagai seorang Islam yang permulaan, Abdul Rahman Bin Auf juga telah mengalami berbagai penderitaan dan penyiksaan dari masyarakat Quraish di Mekah. Oleh kerana memandangkan keadaan kaum Muslimin yang sangat sedikit itu sementelahan pula mengalami berbagai macam ancaman maka Rasulullah s.a.w akhirnya telah memerintahkan para pengikutnya supaya melakukan hijrah ke negeri Abbysinia kerana menurut Rasul disana ada sebuah kerajaan yang tidak berlaku zalim terhadap rakyatnya. Tidak lama kemudian maka berangkatlah rombongan pertama yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita dan 17 wanita serta anak-anak. Dan diantara yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita lalu disusul dengan rombongan kedua yang terdiri dan 83 lelaki dan 17 wanita serta anak-anak. Dan di antara yang melakukan hijrah tersebut termasuklah Abdul Rahman Bin Auf.

Tidak lama kemudian Abdul Rahman Bin Auf dan beberapa temannya telah kembali ke kota Mekah sehingga sampai pada waktu Allah s.w.t memenintahkan kepada Rasulullah s.a.w untuk melakukan hijrah keYathrib( Madinah)  dilakukan Rasulullah sendiri dan para sahabatnya dan diantaranya termasuk juga Abdul Rahman Bin Auf.

Setiba di Madinah sebagaimana yang diperlakukan oleh Rasul terhadap lain-lain sahabat dalam rangka memberikan bantuan, maka Abdul Rahman Bin Auf telah dipersaudarakan oleh Baginda dengan Sa'ad Bin Rabi' seorang daripada golongan Ansar.

Demi kecintaan Saad Bin Rabi' kepada saudaranya dan golongan Muhajirin, beliau telah mengatakan kepada Abdul Rahman demikian antara lainnya, "Saudara, ketahuilah bahawa saya adalah seorang Ansar yang banyak harta, dan kiranya saudara sudi ambillah separuh dan kekayaan saya itu. Saya juga mempunyai dua orang isteri dan kiranya Saudara sudi mana satu antaranya, saya sedia mencaraikannya supaya boleh saudara mengahwininya. Mendengarkan kata-kata sahabatnya itu Abdul Rahman Bin Auf seraya menjawab, "Saudaraku, semoga Allah akan memberikan berkat terhadap keluarga dan hartabenda saudara. Janganlah disusahkan tentang din saya ini, yang penting bagi saya ialah kiranya saudara sudi menunjukkan saya jalan menuju ke pasar.

Sungguh beliau memang seorang pedagang yang berbakat dan pintar. Dalam sekejap masa saja beliau berjaya menunjukkan keahliannya dalam berdagang hingga berjaya memperoleh harta yang banyak. Beliau mempunyai 100 ekor kuda yang dapat dipergunakan dalam peperangan 100 ekor unta dan 10,000 ekor kambing sehingga diwaktu beliau meninggal, tatkala dihitung seperempat dan kekayaannya menyamai jumlah 84 ribu dinar. Akan tetapi disamping kekayaannya yang melimpah-limpah itu, bellau termasuk orang yang paling dermawan dan paling pemurah juga merupakan seorang tokoh sahabat yang paling banyak berbuat kebajikan terhadap kaum fakir miskin.

Pada zaman Rasulullah S.A.W, beliau  pernah membahagikan seluruh kekayaannya dan menyerahkan yang sebahagian itu kepada orang-orang yang memerlukannya. Pernah terjadi dalam satu peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan sedekah sekali duduk sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan senjatanya pakaian makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan juga dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 unta.

Memandangkan jasa dan pengorbanan menegakkan Islam dengan hanta kekayaannya Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Abdul Rahinan Bin Auf adalah saudagar Tuhan " sebagai memujinya atas peranannya menegakkan ugama ALlah dengan harta kekayaan. Dalam satu riwayat lain pula Rasulullah pernah bersabda, "Sesungguhnya mereka yang memelihara keluarga saya setelah saya meninggal dunia adalah manusia yang benar dan manusia yang mempunyai kebajikan. Dalam hal ini Abdul Rahmanlah salah seorang sahabat yang menyahut seruan Rasulullah s.a.w kerana beliaulah yang menyiapkan kemudahan untuk Ummul Mu'minin dalam melakukan ibadah haji dibawah lindungan beliau.

Disamping memiliki kekayaan yang melimpah-limpah beliau adalah seorang yang takut dan benci kepada harta kekayaan dan selalu menghindarkan din dan penganuh kekayaannya. Adalah diriwayatkan bahawa pada suatu han Abdul Rahman Bin Auf menangis tersedu-sedu lalu ia ditanyai orang apakah yang menyebabkan beliau menangis itu, lalu dijawabnya, "Sesungguhnya Mas'ab adalah lebih baik daripadaku kerana ia meninggal dunia di zaman Rasul dan diwaktu meninggal dunia ia tidak memiliki sepotong kain yang dapat dijadikan kafan untuk membungkusnya. Sesungguhnya Hamzah Bin Muttalib adalah manusia yang lebih utama daripada saya padahal ia tidak mempunyai kain yang dapat dijadikan kafan untuk memakamkannya. Saya khuatir saya ini termasuk di antara orang-orang yang dipercepat untuk menikmati kebahgiaan dunia fana ini dan saya khuatir bahawa saya akan tersisih daripada para sahabat Nabi diAkhirat kelak disebabkan kerana saya mempunyai banyak harta. Dalam satu riwayat yang lain pula diceritakan orang bahawa tatkala Abdul Rahman Bin Auf memberikan makanan kepada tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu ditanyai orang, "Mengapakah engkau menangis hai Ibnu Auf ?" Ia lalu menjawab, "Nabi telah wafat, sedangkan ia dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti gandum.

Demikianlah jiwa Abdul Rahman Bin Auf salah seorang sahabat besar Rasulullah. Memandangkan besarnya semangat pengorbanannya itu maka tidaklah hairan kiranya Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa Abdul Rahman adalah di antara sepuluh orang yang telah digembirakan oleh baginda Rasul akan memasuki syurga.

Dizaman Khalifah Umar Al Khattab, Abdul Rahman Bin Auf telah memperoleh kehormatan dan keutamaan di sisi Khalifah. Di zaman Khalifah, beliau pernah dilantik oleh Khalifah Umar untuk memimpin rombongan haji pada tahun pertama setelah Saiyidina Umar dipilih sebagai khalifah. Malah beliau jugalah salah seorang yang telah diwasiatkan oleh Khalifah Umar Al Khattab sebelum kewafatan beliau menjadi salah seorang ahli dalam majlis jawatankuasa di antara enam orang anggota bagi memilih calon khalifah yang akan menggantikan baginda. Beliaulah juga tokoh yang mengetuai tugas untuk menentukan siapakah yang bakal menggantikan Khalifah Umar Al Khattab sebagai khalifah ketiga umat Islam yang akhirnya jatuh ketangan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a.

Pada tahun 31 Hijrah, setelah menempuh hidup didunia yang fana mi selama 74 tahun, berpulanglah tokoh sahabat besar ini kerahmatullah. Dalam usia 75 tahun. Dan sebelum meninggalnya, Ummul Mu'minin Aisyah telah menawarkan bahawa jika ia menghendakinya akan ditempatkan kuburannya nanti di sisi kuburan Nabi, Abu Bakar dan Umar r.a. Dengan suara yang merendah diri ia menjawab bahawa ia malu jika diberi kedudukan yang sedemikian tingginya untuk berkubur di samping Rasul. Dan ia juga menyatakan bahawa dirinya telah terikat janji dengan Uthman Bin Mazh'un bahawa jika salah satu di antara mereka berdua meninggal dunia lebih dahulu, maka ia akan berkubur di samping kuburan kawannya yang lain. Jenazah beliau telah dikebumikan di Baqi dan disembahyangkan oleh Saiyidina Uthman Bin Affan, Zubair Ibnul Awwam dan lain-lain tokoh sahabat.

Pekerjaan terbaik

Bismillah...(dengan nama ALLAH)

Setiap orang ada keinginan dan matlamat hidup masing-masing untuk menuju kejayaan hidup di dunia dan akhirat. bagi kejayaan di dunia, setiap insan mengorak langkah tersendiri demi mencapai matlamat hidup tersendiri, ada yang ingin menjadi petani moden, proffesional dan eksekutif, tak kurang juga yang ingin menjadi ahli politik dan perniagaan. namun ada segelintir dari kalangan kita yang tidak mempunyai matlamat utama dalam kehidupan mereka. bagi mereka, cukuplah sekadar boleh menampung keluarga dan diri sendiri. sebenarnya perasaan itulah yang harus kita kikis dari hati dan naluri kita khususnya masyarakat melayu islam yang terkenal dengan sikap 'ala kadar'.

masyarakat kita lebih memandang sesuatu kemewahan sebagai nikmat dunia sahaja, sehinggakan mereka membiarkan peluang-peluang yang ada terlepas ke tangan masyarakat bukan islam. Bagi mereka kehidupan di akhirat lagi penting dan ianya memang benar. akan tetapi, kita tidak boleh membiarkan kehidupan di dunia berlalu begitu sahaja tanpa memberi manfaat yang besar pada diri,keluarga,agama dan masyarakat kita sendiri. bahkan dalam islam pun menyarankan umatnya agar 'beribadat seolah-olah akan mati pada keesokkannya dan bekerja seolah-olah kita akan hidup seribu tahun'. itulah yang dinyatakan islam kepada penganutnya. mengalakkan kita mencari kemewahan dunia disamping tidak lupakan ALLAH s.w.t.

kalau dilihat zaman rasulullah sendiri adanya para sahabat yang memang digelar sebagai usahawan yang berjaya seperti abdul rahman bin auf . beliau merupakan antara penyumbang utama kepada pembangunan islam ketika itu. bahkan beliau terus diberi galakkan oleh rasulullah ketika pembukaan kota madinah demi mengurangkan monopoli perniagaan masyarakat yahudi ketika itu. alhamdulillah berkat usahanya dan para sahabat lain, islam berjaya memonopoli perniagaan.

Tidak kiralah ape pun pekerjaan kita, setiap dari kita mempunyai tanggung jawab masing2 yang penting dalam merealisasikan impian masing2. cuma kalau boleh, kita perlulah menanam sikap keinginan untuk berniaga kerana hanya perniagaan yang dapat membantu kita, masyarakat,agama dan negara. tanpa perniagaan maka ekonomi negara tidak akan membangun. tertarik akan kata-kata salah seorang usahawan ulung negara kita, syed mokhtar bukhary yang mengatakan "Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju". mungkin bagi sesetengah orang ianya tidak memberi maksud apa-apa. fikir-fikirkanlah..

Kejayaan sesuatu bangsa bukanlah diukur dari segi kebijaksanaan dalam ilmu semata-mata bahkan diukur dari aspek pengaruh ekonomi juga. Tidak bererti jika kita belajar tinggi-tinggi akan tetapi tidak dapat memberi manfaat kepada ekonomi islam khususnya. Sepertimana yang kita ketahui, masyarakat yahudi cukup terkenal akan kehebatan mereka dalam bidang perniagaan. dan sebab itu jugalah mereka dapat menguasai ekonomi dunia dan amerika. bagi sesetengah orang, mereka menafikan bahawa kita bukannya dibawah pengaruh yahudi akan tetapi pada hakikatnya itulah kebenaran yang patut kita telan walaupun pahit atau masin. Kejayaan dalam perniagaan bererti anda mampu mempengaruhi dunia. sehebat mana pun seorang engineer atau doktor, mereka masih lagi menerima gaji dari orang atasan. akan tetapi seorang ahli perniagaan tidak menerima gaji dari sesiapa akan tetapi mereka yang menetukan gaji mereka sendiri. 

kita diberi kelebihan untuk memilih sebelum menetapkan matlamat hidup atau sebelum kita menyesal kemudian hari. Jika anda seorang usahawan berjaya, anda mampu membantu setiap orang islam di muka bumi dan seterusnya mengembangkan syiar islam. Walaubagaimanapun,  sebelum memulakan sesuatu, biarlah kita dipenuhkan dengan ilmu di dada supaya kelak kita mampu bertindak secara rasional. Sesungguhnya ALLAH takkan mengubah sesuatu kaum melainkan kita sendiri yang mengubahnya. 9/10 hasil rezki dunia adalah datangnya dari perniagaan.

Melalui perniagaan, masa untuk diluangkn bersama keluarga adalah lebih terjamin berbanding bekerja untuk orang. kita mencorakkan masa depan kita. Nabi kita pernah mengingatkan kita supaya menuntulah ilmu sehingga ke negeri cina. dengan keadaan sekarang mungkin kita boleh membina satu pepatah baru untuk masyarakat kita, berniagalah seperti orang yahudi. bukanlah bererti ingin mengagungkan mereka tetapi sebagai satu medium untuk kita jadikan batu pengukur terhadap kejayaan perniagaan masyarakat kita. dengan keadaan sekarang, jika kita mampu mengalahkan perniagaan yahudi bererti kita mampu menguasai dunia. 1.3 billion muslim. pasaran yang begitu besar tuk setiap perniagaan bercirikan islam. peluang sentiasa ada, kita yang tentukan sama ada ingin mengambilnya atau tidak.

mudahan kita diberi kekuatan untk mewarisi semangat perniagaan yang diamalkan zaman rasulullah. amin..insyaALLAH dengan usaha dan doa, aku akan merealisasikan impian ini. :)

pertanian adalah satu perniagaan.. -maby86-


 


Saturday, April 25, 2009

Adakah kita memahami islam seperti abu jahal?

Adakah anda faham Islam sebagaimana Abu Jahal memahaminya? Pelik bukan, mendengarkan tajuk artikel ini.Benar,Abu Jahal dan Abu Sufyan(ketika Abu Sufyan belum menerima Islam) mungkin sekali memahami Islam lebih daripada kita ini yang telah bersyahadah dan mengaku diri ini sebagai Islam.Pelik bukan,bagaimana 2 orang tokoh penentang Islam ini boleh sahaja memahami Islam dalam konteks untuk menerimanya sehinggakan mereka menjadi penentang terawal yang amat tegar dan zalim terhadap umat Islam.Oleh itu saya bawakan dua buah kisah yang amat menarik dan mungkin sekali membuktikan betapa mereka ini memahami Islam itu.

Biarlah saya bermula dengan kisah Abu Jahal.Abu Jahal atau nama sebenarnya Amr Ibn Hisyam.Dia merupakan pemimpin arab jahiliyah yang terkenal dan digelar Abu Jahal kerana kejahilannya terhadap Islam dan kerana kejahilannya itu dia menentang. Bukanlah maksudnya atas kejahilan itu dia tidak mengetahui tetapi dia mengetahui dakwah Rasul itu,memahaminya,tetapi menentang dengan cukup tegar sekali.Dia juga digelar sebagai Abu Hakam, di mana gelaran ini membawa maksud seseorang yang memiliki kebijaksanaan (father of wisdom).Jadi bagaimana boleh kita katakan yang seseorang yang digelar sebagai 'father of wisdom' ini tidak memahami dua kalimat Arab yang mempunyai makna tiada illah selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah?

Abu Jahal merupakan seorang Arab bahkan digelar dengan gelaran abu hakam,makanya dia ini pastinya seorang yang arif dalam hal-hal bahasa sebagaimana seorang hakim memahami bahasa perundangan,tetapi mengapa tetap juga ditolak Islam itu mentah-mentah bahkan menentang
dengan penuh tegar dan dahsyat? Diceritakan suatu ketika Ar-Rasul berdakwah kepada kaum kerabatnya dengan mengajak kepada tiada illah selain Allah dan Muhammad itu Rasul Allah. Maka berdiri dengan lantangnya Abu Jahal ini dengan berkata, ' Jika itu kau bawakan kepada kami wahai Muhammad , maka kau telah melancarkan perang terhadap seluruh jazirah Arab tidak kira dengan orang Arab atau bukan Arab!'.

Lihat saudaraku,seiman denganku, kenapakah kalimah yang kita lihat sebagai kalimah yang mudah ini boleh menyebabkan orang seperti Abu Jahal itu memerangi Muhammad saw.KENAPA KALIMAH YANG SERINGKALI KITA SEBUTKAN DAN LAFAZ SETIAP HARI SEPERTI TIADA APA-APA INI DI FAHAMI OLEH ABU JAHAL SEHINGGA DIA MENENTANG DENGAN PENUH TEGAR? Maka tidak kah kita terfikir APAKAH MAKSUD SYAHADAH ITU SATU PERSATU. Dari makna kesaksian, kepada maksud illah, kepada mengenal siapa itu Allah sehingga kepada mengakui dan mengenal apa itu Rasul dan siapakah Muhammad itu sebagai Rasul sepertimana yang difahami oleh Abu Jahal.

Kini saya bawakan kepada kisah Abu Sufyan pula.Ibnu Abbas r.a. mengatakan bahwa Abu Sufyan bin Harb bercerita kepadanya, bahawa Heraclius ( Herclius, Raja Rumawi Timur yang memerintah tahun 610 r11; 630 M ) berkirim surat kepada Abu Sufyan menyuruh ia datang ke Syam bersama kafilah saudagar Quraisy ( Quraisy, nama suku bangsawan tinggi di negara Mekkah). Waktu itu Rasullah saw sedang dalam perjanjian damai dengan Abu Sufyan berserta orang-orang kafir Quraisy ( Perjanjian damai, iaitu Perjanjian Hudaibiyah yang dibuat tahun 6 H ). Mereka datang menghadap Heraclius di Ilia ( Ilia, yaitu Baitul Maqdis (Jerusalem) dan terus masuk ke dalam majlisnya. Dihadapi oleh pembesar-pembesar Rumawi. Kemudian Heraclius memanggil orang-orang Quraisy itu beserta jurubahasanya. Ceritanya barangkali panjang maka saya ringkaskan kepada satu perbualan sahaja . Heraclius berkata, 'Apakah yang diperintahkannya kepada kamu sekalian ?' Abu Sufyan menjawab, 'Dia menyuruh kami menyembah Allah semata-mata, dan jangan mempersekutukanNya. Tinggalkan apa yang diajarkan nenek moyangmu! Disuruhnya kami menegakan solat, berlaku jujur, sopan (teguh hati) dan mempererat persaudaraan.'

Lihat,Abu Sufyan memahami apa yang dibawa Ar Rasul,yakni kalimah syahadah itu tetapi kenapa ketika itu dia tidak mahu menerima Islam? Apa yang ada sebenarnya dalam kalimah yang kita lihat sebagai mudah itu sehingga Abu Jahal memeranginya dan kaisar Romawi begitu ingin tahu terhadapnya? Apa yang ada pada kalimah itu sehingga kedua tokoh Arab itu memahaminya dan menolaknya? Sedangkan ada yang menerimanya dengan hati terbuka seperti Abu Bakar As Siddiq dan ada yang menerimanya setelah memahaminya walaupun sebelumnya berniat membunuh Ar Rasul seperti Umar Ibn Khattab?

Kalimah syahadah itu merupakan perjanjian yang teguh antara seorang insan dengan penciptanya tanpa perantaraan manusia. Tanpa paderi yang menjadi perantara.Hubungan terus antara manusia dengan Allah.Di mana kita menerima Allah itu sebagai illah dan Muhammad itu sebagai RasulNya. Apakah illah itu sehingga kita sebutkan illah itu sebagai Tuhan? Illah itu adalah Yang diharapkan, Yang ditakuti,Yang diikuti dan Yang dicintai. Di mana sifat itu difahami dengan sebetulnya.Masalahnya kini kita telah mencipta banyak illah lain selain Allah secara kita tidak sedar.

Saya sebagai remaja ingin memberi contoh,kita punya kekasih hati(orang sarawak panggil gerek) dan kita harapkan dia,kita sayangkan dia sepenuh hati,kita ikut kehendaknya,kita takut kalau dia merajuk atau sedih dan kita cintai dia sepenuh hati kita. Bukankah kita telah menciptakan illah yang lain? Benar,kita senang katakan yang kita mencintai Allah lebih dari segalanya, lebih dari kekasih kita itu tetapi adakah iman itu hanya dibuktikan dengan kata-kata kosong sedangkan perlakuan kita tidak menunjukkan dan membuktikan apa yang kita ucapkan! Bahkan berlawanan dengan apa yang kita katakan cinta kita sepenuhnya kepada Allah.

Di mana sebenarnya kita letakkan Allah itu sebagai illah dan lebih lagi dimana kita letakkan pengertian kita bersyahadah? Bahkan dalam konteks remaja yang berkasihan dengan kaum berlainan jenisnya itu melakukan maksiat kepada Allah dalam dia berkata dia mencintai Allah lebih dari segalanya. Itu sesuatu yang sangat keji dan menyedihkan. Mungkin dalam konteks sebagai seorang dewasa,sebagai perkerja dan pembaca,anda mungkin boleh berfikir sendiri betapa kita telah mencipta sembahan dan illah selain dari Allah swt. Di manakah nilai kita ini sebagai seorang yang bersyahadah? Adakah kita bersyahadah dengan bermain-main? Ataupun kita anggap syahadah itu sebagai kata-kata kosong yang tidak ada harga dan isinya?

Lihat saudaraku,betapa sehingga Abu Jahal itu menentang Islam kerana dia tahu bilamana dia menerima Allah itu sebagai satu-satunya illah, dia perlu dan wajib menolak illah lain yang telah dia ciptakan seperti kekuasan,kekayaan dan darjat. Bilamana dia memahami maksud illah itu,dia menentang Islam bahkan melancarkan perang terhadap Islam. Sesungguhnya Abu Jahal ini benar-benar memahami kalimah syahadah itu dan memahami erti sebenar illah. Adakah kita faham Islam itu sebagaimana abu jahal memahaminya atau lebih teruk lagi? Fikirkanlah!

'Dan diantara manusia ada yang menyembah selain Allah sebagai tandingan yang mereka cintai seperti mencintai Allah.Adapun orang-orang beriman amat besar cintanya kepada Allah...' (Al-Baqarah:165)

Friday, April 24, 2009

Aku dan kawan

teringat dahulu cerita di mana aku terpilih menjadi pelajar untuk mewakili daerah kemaman (STAR). aku tak ingat STAR tu stand untuk ape. STAR nie dia pilih beberapa orang stiap skolah di daerah aku. dan adekan satu kem tuk program kecermelangan SPM. kat skolah aku, hanya 2 lelaki yang terpilih. aku dan seorang lagi kawan aku yang sekarang nie belajr di UTM. Seronok juga dapat terpilih dengan aktiviti begini kerana dapat bergaul dengan budak2 bijak pandai lain walaupun aku takdelah terer sangat pun.alhamdulillah..

Dalam banyak2 aktiviti yang pihak urusan STAR anjurkan, ada satu aktiviti di mana kami semua yang berjumlah lebih kurng 40 orang dari seluruh daerah kena hadiri kem di satu tempat yang terpinggir. di situ kamu tinggal di chalet. aku dan kwn aku nie memang stick bersama sentiasa sebab kami tak kenal orang sgt. smpailah kepada pembahagian rumah. aku dan kawan aku dpt sama rumah dan berkongsi denga 2 orang student dari rantau petronas.

setelah brkenalan, kami jalan la bersama 4 orang tuk pergi aktiviti yang pihak urusan anjurkan. ada satu mlm tu kecoh, budak perempuan diganggu makhluk halus. memang tempat tu agak menakutkan dan pihak pengurusan chalet ade berpesan supaya jangan duduk berseorangan waktu mlm kerana risau ada apa2. tempat tinggal perempuan agak jauh dari lelaki dan aku hanya dpt berita itu dari kawan perempuan ku. alhamdulillah semuanya terkawal.

aktiviti disitu 3 hari 2 malam. kalau tak silap aku ade satu ptg yang mana besoknya hari last. lepas abis satu ceramah (dah nak maghrib), aku dan kawan aku nie(Al-safarin namanya) berjalan skali untuk balik ke bilik. disebabkan dah agak gelap, kwn aku nie ajaklah aku melalui satu jalan shortcut. jalan yang bersemak samun sikit, dipenuhi pokok-pokok. aku pun ikut jelah dia. aku nie memang jalan cepat dari orang laen walaupun aku nie spesis yang rendah.hehe... ada satu bukit yang kita orang kena turun tuk smpai ke area bilik kteorg. waktu tu aku berada didepan kawan aku nie.

aku berjalan didepan sambil bercakap, manakala kawan aku dibelakang akan balas apa yang aku ckp. tiba2 kawan aku nie senyap. aku pun tolehkan kepala, aku tengok kawan aku nie masuk ke dalam semak dan tidak menigikuti laluan yang sepatutnya kami lalui. aku pun memanggilnya:

aku: rin! mu nok gi mana tue?
alsafarin: aku nok amik budok kecik nie.
waktu dia cakap nak ambil budak tu, aku da rasa laen.
aku: budok menda rin?mana ade budok dalam hutan nie.
alsafarin: nie lip, bdok kecik tengoh menangis.dia pegang patung.kesian dia.
aku: biar betul mu rin.

Ya Allah memang meremang abes bulu roma aku.aku tengokla kearah yang kawan aku tunjukkan tu, aku hanya nampak satu biji kelapa dan satu pelepah kelapa. aku pandang sekeliling tu takde pokok kelapa (atas bukit lak tu). aku pun ternampak dibawah buah dan pelepah tu ade satu tempat simpanan najis. memang meremang abes aku time tu.kawan aku tu plak makin dekat dengan tempat tu. aku pun berlari naik keatas. aku tarik tangan kawan aku nie suruh ikut aku.

alsafarin: eh lip, tokkan nok tgal budok tu.
aku: ikut jela aku balik rin.maghrib nie rin.
alsafarin: doh budok tu guana?
aku: ikut jelah (marah dan geram sebab penat)

aku tarik je kawan aku nie sampailah turun kebawah. pastu aku memang tak tanya ape2 dia smpailah kitaorang da abes program tu n da ade kat rumah.

aku: mu nampok menda sbenonya rin?
alsafarin : aku nampok budok kecik pakai baju putih, comel berambut panjang n pegang patung sambil menangis.dia berdiri tegak je.

aku: aku dok nampok menda pun rin. mu nie. dohla maghrib time tu.banyok menda berkeliaran.
alsafarin: betul ke lip mu dok napok?aku memang napok sungguh.dia macam panggil aku, tu yang aku gi kat dia tu.

lama jugakla dia x pcaya, dia ingat aku tipu dia. lepas dia cte kat mak dia, baru la dia ckp terima kasih kat aku sebab tarik dia.hehe..kelakar je. smpai sekarang pun kalau cte2 pasal makhluk halus nie, dia akan terima kasih kat aku sebab selamatkan dia.kalau dia ikut, xtaula ape jd.wallahualam. cuma aku tau, kawan aku nie memang budak yang baik. aku rasa sebab tu la bnda tu tertarik kot nak panggil dia. aku pernah tanya kat ustazah pasal nie dan ustazah ckp mungkin orang bunian. wallahualam..tu suma kerja yang maha ESA.

cuma bila diingat balik, terasa lucu dan kelakar sebab ianya terjadi kat kawan aku.stiap kali aku bercuti dengan kawan2 kat tempat tu mest aku akan terpandang satu sudut yang tempat kawan aku tu kne panggil.hehe..pgalaman o pgalaman...

Saturday, April 18, 2009

Stratergi melayu

teringat aku peristiwa 2-3 hari lepas, bila aku melawat satu cyber cafe yang diusahakan seorang guru melayu.Cyber cafe tu masih lagi under construction dan belum dirasmikan. aku dtg ke situ sekadar melihat cara dia membuat susunan meja dan komputernya. segala networking dilakukan oleh rakanku yang bekerja di salah satu company komputer di sini.

Masuk ke ruang cyber cafe tu, aku pandang kaler mejanya yang tak sesuai, carpetnya yang agak usang serta sistem pengudaraan tidak begitu baik. hanya menggunakan 2 kipas untuk menyejukkan ruang yang dipenuhi lebih dari 10 biji komputer, itu merupakan langkah kurang bijak. Aku hanya diam dan berfikir mungkin ianya kekurangan bajet. tetiba guru tersebut datang dan panggil aku, encik. aku mengatakan yang aku hanya dtg meninjau kerana manager suh datang tgk dan bg komen dan aku bukannya staff pun.cuma melihat stratergi yang dilakukan.

aku bersembang dengannya untuk seketika. dan dia mengatakan ingin meletakkan jawatan sebagai guru kerana ingin memberi komitmen yang penuh pd bisnessnya. aku sekadar mengangguk dan memberi pandangan bahwa tak perlu tergesa-gesa. upah orang dahulu untuk menjaga,kemudian tgk keuntungan dia berapa sebulan.bukak lagi satu cawangan baru bleh pk stop keje ke x. tapi aku ingtkan dia, komitmen terhadap bisness hanya boleh diberi selepas waktu bekerja sahaja. dengan kegawatan ekonomi sekarang, ramai orang gairah untk mencari duit sampingan. tapi perlu ingat dalam mencari pendapatan sampingan, jagnlah kita silap membuat perhitungan sehingga merugikan kita kelak.

aku bertanya tentang meja dan karpetnya. dia mengatakan yang kos membuat meja tu dalam RM 200 dan dia membuatnya sendiri. manakal karpet tu berharga dalam lingkungan rm1.50 sekeping (terpakai). aku tahu dia ingin menjimatkan bajet seboleh mungkin dan aku tidak memberitahu padanya bahawa meja yang berada di office manager tu juga mempunyai harga yang sama tapi ianya dibeli dan kaulitinya jauh lebih baik meamndangkan ianya dibuat oleh pakar. Bukan memandang rendah, cuma kesilapan dia dalam membuat bajet tanpa kaji selidik harga pasaran membuatkn dia kerugian masa dan usaha walaupun nilainya sama.

tentang karpet aku tak komen banyak, cara dia memilih karpet membuatkan orang tengok seolah-olah cybercafe ni dah terlalu lama. aku mengajaknya ke office company komputer ni. mempunyai lebih dr 10 org staff (aku bukan staff, tapi boleh keluar masuk sesuka hati.hehe..) di sini ,bangunan 2 tingkat serta mempunyai pejabat pengurusan utama di bawah dan pengurusan proffesional di atas. aku mengajak guru terbabit ke tingkat atas pejabat. aku menunukkan meja yang berharga 2 ratus kepadanya dan dia terdiam serta aku tunjukkan karpet yang bukannya seconhand tapi murah. aku memberitaunya bahwa yang semua didapatkan direct dari pengeluar dan bukannya beli melalui org ltengah. dia terdiam dan berkata dia tak tahu.

aku membawanya jumpa manager, dan dia mcm tak percaya apa yang aku bgtahunya. aku mengtakan pemilihan kaler mejanya juga tak sesuai. selepas manager tu bercakap dengannya, aku ditanya akan masalah lain yang perlu diselesaikan. aku mengatakan yang susunannya memang cantik cuma masalhya panas. alhamdulillah sepertimana yang aku kenal, manager tersebut berjanji akan membantu guru tersebut dalam hal tersebut. dengan didikan orang berpengalaman sepertinya aku percaya ianya boleh berjaya walaupun jangka hayat cyber cafe tidak lama.

memang tak dinafikan orang kita (melayu) suka buat bsness tetapi kebanyakkanya sekadar hangat2 tahi ayam. kebanyakkan orang melayu membuat bsness lebih lagak dari kemampuan. teringat cerita pakcikku yang merupakan manager bank di salah satu cawangan di terengganu, dia ada membantu seorang usahawan ingin memulakan perniagaan.lulus je loan dalm ratusan ribu, benda pertama yang usahwan tersebut beli adalah mercedes. hehe..melayu2..nak beli kenderaan kononya ingin menarik keyakinan orang. kenapa perlu mercedes?kereta2 lain yang lagi murah tak boleh ke? berbeza dengan cina yang lebih suka perniagaan mereka stabil baru lah membeli kemewahan.

lagi satu orang melayu melakukan bsness sebab nak kaya semata-mata dan bukannya sebab minat. kalau nak kaya je, segala tindakan kita hanya berpandukan nafsu semata-mata. aku ada kenal beberapa usahwan muda melayu yang berjaya, ternyata mereka berjaya sebab minat dan niat ingin membantu orang lain. alhamdulillah. mungkin itu suma cerita orang yang bole memberi panduan padaku kelak andaikata aku ingin mempunyai empayar bisness sdiri kelak. 9/10 rezki hala datangnay dari bisness. betapa mulianya bsness. kita yang mencorakkan sama ada bersih ke tdak bsness kita tu.

setiap orang ada misi dan visinya yang hanya org tertentu tahu. bahkan aku sendiri pernah dikutuk oleh rakan2 kerana membeli kenderaan sedan dan kenapa tak beli 2 pintu. hehe..stiap orang ade reason yang kukuh. sekarang mungkin tak nampak kegunannya, mayb one day dengan kenderaan nielah aku mampu membeli kenderaan lain sape tahu.insyaALLAH... mudahan kita semua sentiasa berendah diri walau tinggi mana pun kedudukan kita.

Semua harta dan nikmat dunia bukannya sesuatu yang kekal, cuma cara kita mengerjakan dan membelanjaknnya yang membuatkan kita berbeza dari orang lain. pintu rezki tak pernah tertutup asalkan kita usaha. harap suatu hari kelak, aku boleh menjadi seperti albukhary, insyaALLAH.

Thursday, April 16, 2009

Excellent P1

Akhirnya proton merasmikan MultiPurpose Vehichle (MPV) nya semalam(16 april 2009). aku memang ikut perkembangan proton nie dari awal lagi. dari concept nya sampailah kepada teknologi yang digunakan. alhamdulillah ianya tak menghampakan. agak kagum sebab hanya menggunakan 250 engineer tu siapkannya berbanding model kereta dahulu yang memerlukan 1000 engineer. Fuel consumption aku rasa sekitar 9.2-10 liter tuk 100km perjalanan. kira ok la. top speednya lak 165 km perjam.

Harap ada peluang nant nak try test drive exora nant. kalau berkemampuan nanti bolehla beli satu untuk famly,insyaALLAH. Dan bagi sesapa yang duk risau mpv nie tak selamat, ianya dah dibuktikan keselamatanya dengan 4-star rate tuk crash test dan memenuhi europe pnye skop.
kebanyakkan rakyat kita terlalu memandang kereta luar dari buatan negara sendiri, sedangkan kereta tempatan sudah menandingi kereta luar negara. mungkin kelemahan yang ade pada satu-satunya perusahaan automotif negara nie terletak pada kualitinya. insyaaALLAH ianya pasti di perbaikkan tuk memenuhi kehendak rakyat kita.

Supportla barangan kita sebab kat situ ramai rakyat tempatan yang bekerja. jadilah seperti orang korea yang selalu mengagungkan barangan mereka dari produk luar. Kita perlu bangga dengan produk tempatan yang kualiti dan teknologinya sudah hampir menandingi negara-negara maju lain. go go go proton.

teringat akan kata2 salah seorang pembeli awal proton exora ni yang telah menerimanya semalam. soalan dari wartawan, kenapa anda menempah exora?. jawabnya ialah kerana Exora merupakan produk tempatan. celik kan mata kita. jangan duk kondem je. nak kondem or komen biarla ianya membina. inilah satu2nya kilang pembuatan kereta milik kita (malaysia). perodua bukannya milik kita tapi sharenya adalah milik jepun. 51% dan 49%. -Luck-

-MaBy- ;)

Syukran jazilan

alhamdulillah, akhirnya siap gak final year projek. dapat gak aku reduce part dari 142 ke 111 part.alhamdulillah...report aku pun tak tebal sgt, kira oklah... walaupun tak seberapa dengan kwn2 lain yang lagi hebat2, aku tetap bersyukur kerana mampu menyiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Harap thesis aku nie akan membantu junior2 dan orang2 lain yang nak tau detail pasal method yang aku gunakan tu.

terima kasih gak tuk kwn2 yang banyak membantu aku time nak siapkan thesis aku nie especiallynya supervisor,housemate dan rakan2 chat yang membuatkan aku kurang tertekan. Juga doa umi abah yang mengiringi aku membuatkan aku mampu belajar hingga ke tahun akhir.terima kasih banyak2..

aku sekarang sedang menunggu waktu exam (study week). Presentation date adalah 11-15 may nant. insyaALLAH kalau takde aral melintang dan dimurahkan rezki, bekerjaya lah aku pasni. tak kisahlah kerja apa pun asalkan ianya halal.

Waktu da sibuk tak ada lagi. sekarang masanya buat revision tuk final and get prepare tuk masuk alam pekerjaan. Mungkin dah tiba untuk aku berubah menjadi lebih matang dan lebih berkeyakinan, insyaALLAH.

-maby- :)

Tuesday, April 7, 2009

Rahsia jari kita

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam.

Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya".

Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.

Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.

Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam.

Dimanakah kita sekarang..?

Wallahualam..

Monday, April 6, 2009

Cari hantu

Mungkin benar kata seorang kawan, yang aku nie kan suka bercerita tapi aku cerita kat orang yang kenal je.hehe..di zaman sekolah aku boleh dikategorikan budak yang agak nakal tapi takdelah menyusahkan orang, setakat kacau orang sikit2 je.Selepas keputusan spm 2003, aku agak bebas keluar dengan rakan-rakan. boleh dikatakan tiap-tiap malam aku keluar dengan kawan untuk buat apa sahaja aktiviti (aktiviti tak menganggu orang la). salah satu yang aku masih ingat ialah aktiviti mencari hantu (hobi fevret gakla nie dlu). boleh dikatakan stiap minggu mesti ada aktiviti nie dengan kawan2ku sampaikan pernah skali, terlalu ramai yang nak ikut sehingga 15 orang suma sekali. penat jugak melayan karenah kawan2 nie tapi seronok.

Biasanya kawan aku yang ada extra kenderaan la yang akan bawak kita org mencari benda2 tahyul ni, tapi tempat2nya aku yang tentukan berdasarkan cerita orang2 kampung. Adalah pernah satu ketika nie (cerita dah nak start ni.hehe..),aku dengar cerita ada indon mati dan mengacau orang kampung. aku dengar dari mulut orang. indon tu memang mati sebab kene langgar lori tanah tapi pasal mengusik tu tak taula betul x. Aku pun kumpul la kawan2, ajak gerak ke tempat kejadian tengah malam nanti.

Nak dijadikan cerita, tak ramai pulak yangboleh ikut sebab masing2 ada hal. yang tinggal 5 orang je boleh ikut termasuk aku. member aku pun decide naik kereta kancil je, sebab tak ramai ikut(kancil merah nie, bijak kancil nie. hehe). Antara kami ber 5 nie ada sorang kawan aku budak sarawak, dia nie kristian dan memang orang tahu dia nie tak pernah takut sape2 n slalu bergaduh ngan orang (bajet je kuat dia nie, aku lagi kuat.hehe).

da agak lewat malam, member aku pun angkutla sorang2 kat rumah. dah cukup 5 orang, kami pun tujulah ke tempat yang digempar gemburkan tu. aku lah juru arah memandangkan segala story2 nie aku yang dapat tau dr mulut org2 tua.hehe..bila dah lalu kawasan binjai tu, memang agak scary la sebab banyak hutan. sebenarnya before bergerak ke tempat2 mcm ni, kita org berjani takkan tinggal member walau apa jd dan kalau tak bleh kawal, pukul je bagi pengsan tuk elakkan teruk lagi satu jangan tegur nampak or bau pape.diam2 je.(ada pantang larang gak aku n kwn2 nie).

Bila dah lalu kawasan tu yang berhutan, aku nampakla ada sebuah lori tanah yang di park tepi jalan, kaler merah dan tak bergerak. member aku nie ada la jugak berbisik-bisik tapi aku wat duno. memandangkan aku paling besar (antonim lah.hehe) jadi aku lah yang duk tengah2 dlm kereta tu.bila aku pusing tengok2 kiri kanan, aku ada nampak satu lorong. aku pun cakap la kat membe aku yang drive tu supaya lalu jalan tu. member aku kata kat aku, boleh ke lip? aku ckp jela, kata nak cari..alang2 nak carik biarla berbaloi (konon je time tue, sebenarnya takut gak).

Member aku nie lak denga je cakap, masuk lorong tu. bila dah lalu lorong tu memang gelap sangat. naseb ada lampu kereta je. kawan aku bdak sarawak tu da diam, mayb seram (dalam kepala aku, dia nie nampak ape2 ke). Bila dah lalu lorong tu, adalah satu jambatan kayu yang kecik, muat tuk kereta kancil je rasanya sebab ngam2 je masuk. jambatan tu takdelah panjang sangat tapi bawah dia ada sungai kecik. tiba2 kawan aku yang drive nie stop kat tengah jambatn tu. aku da risau, dia nie betul ke x. yang lelain senyap je.

member aku cakap yang kereta rasa berat tu yang dia stop. aku cakap kat dia, jangn kuar lagi.rilex lu. sebenarnya da takut, aku memang da baca je apa yang patut dalam hati. tetiba ada salah sorang kawan aku nie kuar (bukan driver), dia keluar sebelum sempat aku ckp pape. ble dia kuar dia jerit kuat gak la. aku da bertambah cuak, jangan carik pasal wei. member aku yang driver nie pun keluar jugak, dia cek keliling kereta, rupanya tayar pancit empat2 skali. nth paku mana lah kat jambatan ni yang terkeluar.empat plak tu. bukan satu or dua. member aku ni rilex jelah tengok kiri kanan n kat hutan.

aku pun diam jela, pas da tengok tayar tu, aku masuk balik kereta. budak sarawak yang diam tadi tetiba lk jd aktif. dia p amik pokok mana ntah pastu di panjat kereta and duduk atas bumbung kereta. aku lagi risau dah ni, dia nie kene rasuk ke apa. aku ckp kat membe aku yang len, tengok dlu mamat tu. aku cek handphone, line takde. dia plak jerit2 atas bumbung n ketuk2 bumbung kereta.

aku pun kuar gakla dari kereta risau kereta nie kemek dari atas.hehe. dia berdiri atas bumbung pastu cakap yang dia suh hantu serang dia kononya dia ada karate nak lawan balik. bila dia sebut karate tu, aku da syak dah. dia nie saja je. aku pun baling batu kecik kat dia, aku cakap dah la tue berlakon, ingat sarkis ke ape. pastu dia gelak kat aku, camne tahu. mananya tak tahu, kalu adik aku tengok pun dia tahu yang mamat tue tengah berlakon. ade ke jerit2 pastu senyum n mata jeling kat member aku yang lain, dia tak perasan aku tgk dia.apa ntah perangai. dia nie memang sangat buas dari kawan2 aku yang lain, pernah dia menyamar jadi orang pejabat agama p cekup orang maksiat walhal dia tu kristian. da banyak kali aku nasihat suh duk diam2, tapi da memang buas takleh buat apa. skang da tak tau ape cite ntah mamat ni.

malam tu hantu takde, ape pun takde. yang ada cumalah lakonan seorang pelakon amatur yang cuba wat tuseram. tapi tak menjadi pun sebab dia tue tak betul sangat. pas tu aku pun masuk kereta. biar jela dia buas kat luar tu, kalu dia jmpe binatang buas baru dia tau langit tu tinggi ke rendah.hehe...aku tido je smpai la dah nk subuh. aku pun ajak member aku 2 orang jalan p carik line, pastu da dpt line, member aku contact kwn dia amik kereta. pastu kteorg balik la. dengan kereta ditunda and kitaorg naik kereta kawan yang lain.

sepanjang aku carik benda tahyul nie, ada jugakla yang aku terkena n ternampak tapi secara sedar tak sedar. pernah pun kita org p 3-4 kereta, pastu smpai kat satu rumah yang org ckp berpuaka tu, semua kereta mati secara tiba-tiba. pernah terbau macam nanah, ada ternampak bnda pelik terbang, kepala orang pusing 360 tanpa disedari dan ada lagila yang pelik2.suma tu tak berapa perasan sangat.bila da jauh2 baru perasan. mungki dia sekadar nak tjuk je. pape pun alam ghaib nie memang wujud dan diakui dalam alquran pun iaitu syaitan dan iblis. cuma aku nasihatkan takyah la carik.buang masa n duit je. apa2 pun takutlah ALLAH. jangan takutkan syaitan nie plak. karut je banyak.

bacalah ayat kursi and seribu dinar tuk pelindung sebab dalam satu part dalam ayat kursi tu, jin afrid tak dapat ikut berdasarkan cerita zaman2 nabi. insyaALLAH ayat2 alquran nie ada banyak khasiatnya yang kita akan tau jika kita kaji.

bak kata zainal dalam misteri nusantara:

jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.hehe...

akulihaza wa astaghfirullah al-azim. wallahualam.. tu cuma pengalaman je.. :)

Thursday, April 2, 2009

Aku 1

Aku dilahirkan sebagai anak pertama dari 7 beradik. Ketika awal kelahiran aku, keluargaku boleh dikatakan agak susah. memandangkan abahku hanya bekerja sebagai pekerja biasa di bawah kelolaan kerajaan. Dibesarkan dengan cukup kasih sayang yang diberikan oleh umi dan abahku, aku kini hampir menjangkau usia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajianku di dalam bidang kejuruteraan tidak lama lagi.

Aku bukanlah sebijak budak-budak pandai lain, cukup sekadar mempunyai akal fikiran yang dikurniakan ALLAH tuk buat aku mampu berfikr macam orang lain. Aku nie pulak bukanlah rajin sangat pun, semua kerja aku adalah last minit. Tak pernah kerja aku siap awal. Mungkin aku suka bekerja under pressure, sebab aku rasa sangat puas bila dapat siapkan kerja under pressure ni(hehe..tak cemerlang la nie namanya).

memandangkan aku anak sulung, umi abahku amat mementingkan pelajaran terhadap aku kerana mungkin aku akan menjadi teladan kepada adik-adikku yang lain kelak. memang dari kecil, abahku sangat garang dalam hal berkaitan pelajaran. sampaikan ada sekali keputusan aku tak elok, mesti aku tak dapat keluar bermain seminggu.(masa kecil je abah garang, sekarang satu geng. hehe) Aku dibesarkan dengan suasana kampung dan aku pun suka tinggal di kampung berbanding bandar. Bagi aku, tinggal di kawasan kampung lagi selamat dari tinggal di bandar. kalau nak panggil aku budak kampung pun tak kisah. hehe.. akulah kampung boy. hee..
tapi satu peringatan, jangan pandang sebelah mata je budak kampung ni sebabnya budak kampung mempunyai jati diri yang lagi tinggi dari budak bandar.hehe..


ketika sekolah rendah, perkara yang paling aku suka lakukan adalah berniaga (jual-jual) dan yang paling aku tak suka adalah ke kelas tuisyen (sebab membazir duit umi abah aku je). tapi alhamdulillah setakat aku belajar, tak pernah aku pergi tuisyen yang berbayar. umi abah ada desak aku supaya amik tuisyen berbayar tapi aku lebih selesa belajar sendiri. bak kata orang di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Memandangkan keluargaku ketika itu tidaklah senang mana, aku lebih suka berusaha sendiri dari menyusahkan kedua ibu bapaku. Aku mula pandai mencari wang sendiri, sejak darjah 4.

Di sekolah, aku bukanlah suka makan di kantin. Duit belanja 50 sen yang diberikan abah, aku simpan dalam tabung sehingga aku terfikir untuk berniaga (ketika itu aku panggil jual je). Aku berniaga makanan ringan dan gula-gua kat sekolah. Bila dah start berniaga kecil-kecil, aku rasa seronok kerana dapat mencari wang sendiri tanpa susahkan umi dan abahku. Barangan tu aku dapatkan dengan pergi ke bandar dengan jiranku (naik bas mini), kadang-kadang aku kirimkan kat abah je.

Kat rumah pulak, sayur-sayur yang biasanya umi suruh beli, aku tanam sendiri. contohnya cili, daun bawang, daun sup dan ada lagi yang aku dah tak ingat. caranya senang je, carik tin milo or tin susu, letak je benih or akar dalam tin yang dah di isi dengan tanah. tapi tin tu kenalah ditebuk dahulu bawahnya bagi mengelakkan air bertakung. Umi aku agak sibuk jaga adik dan menenun kain songket (carik duit sendiri gak umi aku ni.hehe), tu yang aku tanam sendiri tu.

Ketika di penghujung darjah 4, pihak sekolah telah membuat pengumuman tentang pengharaman berniaga di sekolah (rasanya aku seorang je yang berniaga time tu). Lepas je pengumuman tu, aku pun tak berniaga. umi ada bertanya kepada aku, kenapa tidak jual dah? Aku cakap lah yang sekolah dah tak bagi. Frust jugak tak dapat carik duit sdiri dah. tapi nak wat macam mana. dah peraturan.

Naik je darjah 5, aku dilantik menjadi pengawas sekolah. ketika menjadi pengawas sekolah, aku sentiasa kena jaga kantin. Bila dah jaga kantin, makcik kantin pulak baik, dia selalu bagi aku roti berkrim (harga dia 30 sen masa tu) bila nampak aku datang awal (maknanya kena jaga line beratur). Duit sekolah aku time darjah 5 dah dinaikkan kepada 70 sen. tambahan 20 sen tu abah bagi kat aku sebab aku mendapat keputusan yang ok pada penghujung darjah 4.

Bila dah jadi pengawas, aku rasa duit aku save sebab dapat makan free. kadang-kadang makan roti, kadang-kadang dapat nasi (makcik kantin tu bagi). Satu hari tu, adalah cikgu aku mempelawa jaga koperasi sekolah, katanya dapat upah berdasarkan jualan mingguan. aku pun bukan main seronok lagi, dapat tugas tu tapi ada syaratnya yang aku kena lepaskan jawatan pengawas. memandangkan aku ni bukanlah suka sangat jaga orang ni, jadi aku pun lepaskan je jawatan pengawas sekolah dan jadi pengawas koperasi sekolah pulak (semata-mata nak carik duit sendiri. hehe..). pengalaman kat sekolah tu, banyak lah mengajar aku erti survive time kecil. aku boleh dikatakn agak aktif time sekolah tu. aku pernah mewakili sekolah dalam sukan badminton dan mewakili daerah perkemahan pengakap di kem tentera. Aku hampir terpilih menjadi wakil daerah dalam badminton dan terpilih ke persediaan perkemahan jambori 1998 tapi sumanya tak sempat kerana pada darjah lima di pertengahan tahun, abahku kene bertukar kerja ke kemaman.

Bila terpaksa berpisah dengan kawan, aku sedih la juga. hari last aku kat sekolah, cikgu kelas aku adakan jamuan perpisahan (cikgu nuraini kalau tak silap aku, 5 cempaka kelas aku). dalam jamuan tu, aku dapatla hadiah dari kawan-kawan yang rapat. lepas tu, aku pun berpindah ke kemaman. time tue takde teknologi handphone lagi (kalau ada pun mahal), jadi memang dah lost contact sebab kelaurga aku berpindah 2-3 kali, buku biodata kawan2 pun hilang. before berpindah duit simpanan aku ada lebih kurang 3 ratus lebih, tapi duit tu tak bertahan lama sebab umi abah aku lagi perlukan duit dari aku ketika tu. Mulanya taknak bagi (time tue budak2 memang kedekut sket) tapi akhirnya bagi jugak sebab ianya melibatkan urusan penting (banyak mana pun duit tu ada kat aku, takkan dapat beli keluarga aku.hehe..maknanya keluarga lagi penting dari duit)

Duit memang tak dinafikan sebagai aset yang penting dalam meneruskan kehidupan tapi duit boleh dicarik, tidak famly kita. tu jela pengalaman aku bleh cte sikit. ntah ayat apa aku pakai. hehe

wallahualam...

Wednesday, April 1, 2009

satu pengalaman, seribu pengajaran

Pengalaman pulang ke kampung ketika cuti panjang merupakan pengalaman yang tidak akan aku lupakan sepanjang berada di negeri orang. Setiap kali tiba cuti semester atau cuti perayaan Aidilfitri, aku merupakan salah seorang insan yang sibuk untuk pulang.

Bermula dari tahun pertama sehinggalah ke tahun akhir pengajianku, sudah pelbagai pengalaman aku tempuhi untuk pulang ke kampung halaman. Aku pernah pulang dengan bas ekxpress, bas tambahan, motorsikal dan juga kereta.

salah satu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan ketika pulang ke kampung pada cuti semester. pada cuti tersebut, aku pulang lewat ke kampung. aku nie memang suka balik mengejut kononya suprisela(hehe), sebenarnya malas nak susah kan umi abah aku. Apabila naik bas malam tu, hanya separuh bas yang penuh dengan penumpang . aku kebiasaannya pulang melalui jalan grik, di mana aku terpaksa turun di kuala terengganu kemudiannya ambil bas lain untuk pulang ke kemaman. perjalanan dari perlis ke kuala terengganu memakan masa 8-10 jam, manakala dari kuala terengganu ke kemaman 2-3 jam.

Setelah aku memerhatikan tempat duduk yang stratergik yang kosong (single seat), aku pun terus duduk. Perjalanan pun bermula. aku memang akan tidur dalam bas bila bas dah start bergerak. jadi aku pun tak tahu sangatla apa yang terjadi kalau aku dah tido. Tabiat aku tidur dalam bas ialah letak kepala kat bahagian tingkap. selesa kot. hehe..

Aku ni pulak jenis malas nak menyapa orang, kalau dapat seat double, terpaksalah buat2 ramah sikit.segan jugak kalau jadi pemuda tak beradab. Cuti kali itu, aku rasa penat sangat. Jadi bila dapat single seat aku pun tidur je.
Ribut, petir, sejuk dan bergegar macam mana pun aku tetap tidur sebab keletihan. lagipun perjalan 8-10 jam. baik aku tidur, rehatkan badan dan minda aku.hehe

Bila dah tidur ni, kepala aku memang banyak kali terhantuk kat cermin sampaikan bengkak kepala aku. dalam tak sedar tak sedar, aku sentuh kejap bengkak tu, pastu aku sambung tidur balik. hehe.. nak di jadikan cerita, sebelah aku yang double seat punya adalah seorang perempuan cina (amoi) duduk sorang. aku pun tak perasan mulanya. Aku punya lah tidur, khusyuk sgt smpai tak sedar yang aku tido menghadap amoi tu. sedar2 je bas dah stop kat grik tuk minum. aku pun bangun betulkan baju dan rambut. aku senyum la kat amoi tu sebab nak cover malu, tidur tak duk diam.

tetiba je, dia hulurkan aku tisu. aku pun pelikla, kenapa pula dia bagi tisu. pastu dia wat isyarat tjuk kat mulut. aku pun sentuhla mulut aku, rupanya ada air liur basi. punyalah malu aku time tu, tak taula nak cakap. aku pun ambil je tisu tu, terus lap2. tula first time aku tidur dlam bas smpai ada air liur basi keluar, mimpi makan ape ntah.hehe..Dari semangat nak turun, tak jadi turun sebab dah malu. Aku pun duduk jela diam2 dalam bas smpai 30 minit pastu barulah bas bergerak. Aku nak pusing kanan memang dah segan sebab ada amoi tu. Sepanjang bas bergerak, aku tak tidur. sampai selera tidur aku pun hilang.

dalam pukul 5 pagi, aku sampai kat stesen tanjung, kuala terengganu. aku pun cepat2 turun sebab dah malu tapi aku senyum la sikit kat amoi tu, takut jugak dia kata aku tak kenang jasa. (bukan tak kenang jasa, cuma segan dan malu pasal air liur basi tu, ntah2 satu bas dah perasan.hehe). bila dah turun dan tengok jam masih awal (memang terawal sgt hari tu), aku pun pergilah ke surau tapi surau pun tak buka lagi. aku duduk jela depan public phone. aku tengokla gelagat2 orang. ada yang menakutkan, ada yang ok. ada yang tgu orang ambil dan ada juga yang macam aku. terfikir gak nak call kawan tapi rasa malas menyusahkan dia pulak. jadi aku tunggu jela semntara surau dibukak.

bila da hampir pukul 6 pagi, barulah surau bukak. dah lepas solat subuh, aku pun rehat kejap kat surau tue sementara hari cerah. bas paling awal pun pkul 7.30 pagi ke kemaman.
hari tu ramai pulak orang dtg ke surau, aku pun turun lah. tengok jam baru 6 lebih, gelap lagi. untuk ambil bas ke kemaman aku kene pergi ke satu lagi stesen majlis perbandaran terengganu (nama dia time tu). nak kata jauh, takdelah jauh bagi aku sebab aku dah biasa jalan kaki jauh2. sesetengah orang ambil teksi nak ke stesen tu, tapi aku memang terkenal dengan nak jimat, dari aku bayar 5-6 ringgit baik aku guna kudrat kaki aku yang masih kuat.hehe.. jadi aku pun berjalan jelah sambil tarik beg troli besar aku yang saiz dia pun da paras pinggang aku (dalam tue ada set komputer dan baju). bila masuk jalan gelap ni, takutla sikt sebab aku pun ade pengalaman hampir kene pau dengan mamat2 drug before ni tapi alhamdulillah ALLAH sentiasa lindungi aku.

aku berjalan la dengan hati2 sikit smpaila kat satu lorong ni. kat lorong ni, aku nampak kelibat manusia yang agak ramai. macam perempuan dan ada 2-3 org lelaki tengah berbual dengan mereka. aku fikirlah ni mesti perempuan tak baik sebab tengok pada pakainnya pun tak elok. beg troli yang aku tarik berbunyi atas jalan, tarik perhatian mereka. aku pun buat dunno jela sambil cross jalan menjauhi mereka.(takut la jugak sebab belum berjasa lagi pada umi abah.hehe..)

aku ada lah jeling2 skit ujung mata tengok diaorg. sekali, ada 3 orang wanita tu panggil aku. abang nie nampak bla2.. marilah ikut saya balik. duduk rumah saya kata diaorg kat aku. dengar suara je aku da geli, bukannya perempuan pun tapi pondan merangkap mak nyah. aku pun berjalan la laju sket sebab da risau. diaorang plak ikut aku sambil cakap, abg jgnlah lari. makin laju aku bjalan, makin laju gak diorg ikut. dalam hati aku nie memang da cuak la jugak. almaklumlah kudrat diaorg pun kudrat lelaki, baik aku lari dari aku lawan. dalam hati nie ayat kursi dengan 3 kul memang automatik dibacalah sebagai pelindung. jalan punya jalan (dah berlari anak kot) smpailah kat tempat cerah skit, kebetulan ada pakcik pakai kopiah naik motor datang kat aku dan diaorg pun da tak kejar lagi. diaorang pun sound2 dari jauh je, abang nie sombong la (kelakar bila ingatkan). alhamdulillah ada pakcik tue datang. pakcik tu tanyalah aku, lari dari rumah ke nampak ada 3 mak kejar. ada ke plak pakcik nie buat lawak.hehe..rupanya memang dia melawak pun. pandai plak dia nak ilangkan takut aku tadi.

dia pelawa nak hantarkan ke stesen, tapi aku menolak sebab beg aku besar. lepas berbual kejap tanya itu dan ini, aku pun mintak pergi dulu dan dia pun baru nak pulang ke umah dari surau.
bila da nampak je stesen tu, barulah aku senang hati. tak ramai orang tapi oklah cerah. aku pun tunggu smpailah kaunter tiket bukak pastu pulang dengan 2 kejadian yang berbeza ari tu.hehe...

Tuesday, March 31, 2009

Kebersihan

Kebersihan merupakan satu faktor dalam memastikan kesihatan fizikal kita terutamanya. Kebersihan sebenarnya terbahagi kepada 2 jenis di mana salah satunya bersih dari segi fizikal dan satu lagi adalah bersih dari segi rohaninya.

Kebersihan fizikal adalah sesuatu yang boleh dicapai dengan usaha yang mudah, namun begitu kebersihan rohani merupakan sesuatu yang sukar dicapai oleh setiap insan. kebersihan rohani memerlukan azam dan semangat dalam merealisasikannya dalam kehidupan kita.

Apabila kita mencapai kebersihan rohani, ianya bermakna kebersihan fizikal juga telah sempurna. Kebersihan rohani melibatkan banyak aspek dari segi pemakanan sehinggalah kepada hati dan perasaan kita. setiap orang mempunyai tahap kebersihan fizikal yang tinggi tapi tidak kepada kebersihan rohani. Seolah-olah kita lebih memandang kepada luaran sahaja tanpa mengambil berat dalaman kita. Bermulanya dengan akidah kita sebagai seorang muslim, kita sudah mengorak langkah untuk mencari kebersihan rohani yang sejati. namun kadang-kadang kita lupa akan usaha yang perlu dalam memastikan kita mencapai kebersihan rohani yang sempurna. Ibadah merupakan langkah kedua kita, di mana kita akan beribadah untuk mencari keredhaan ALLAH.

Ibadah yang sempurna di sini apabila kita mencapai khusyuk dalam menunaikannya. Namun berapa kali kita khusyuk dalam solat? itulah persoalan yang harus kita tanya dan fikirkan. mencapai khusyuk amat mudah dengan cara2 nya yang tersendiri. namun ianya dirasakan berat kerana kita tidak memahami bahasa alquran yang digunakan dalam ibadah (solat) seharian kita.

Kita mempunyai alternatif, dengan menghafal ayat dan terjemahannya supaya kita dapat memahaminya ketika menunaikan solat. Bahkan ianya akan memberi kita kekhusyukan ketika menunaikan solat. itu adalah salah satu cara dalam menghayati solat yang kita laksanakan hari-hari. Dengan ibadah dan akidah yang sempurna akan lahir kebersihan rohani yang suci seterusnya membentuk akhlak yang terpuji. Itulah muslim sejati.

Sesetengah orang memikirkan bahawa kebersihan rohani merupakan faktor kedua selepas kebersihan fizikal. sebenarnya kita silap, kerana kebersihan rohani itulah yang utama. melalui hati yang bersih, kita dapat menghindarkan diri dari melakukan perkara yang bertentangan dari suruhan agama bahkan dapat membimbing kita menuju kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak.

Teringat pesan abah yang berbunyi begini, tak apa lah kalau ada anak abah tak berjaya dalam pelajaran asalkan ilmu agamanya cukup, buat apa belajar tinggi-tinggi tapi pegangan agama tiada. Begitu abah menitik beratkan kebersihan rohani terhadap anak2nya. Bahkan pernah ketika pulang ke kampung, kadang2 saya sendiri terasa amat penat sampaikan tertidur sehingga tidak pergi sembahyang jumaat. apabila abah pulang dari masjid, abah tidak lagi marah-marah saya macam budak kecil, tapi cukup sekadar dengan tidak menyapa saya kerana marahnya kat saya tak pergi solat jumaat. waktu itu, saya rasakan seperti abah ni tak faham anaknya penat. tapi abah tetap pendiriannya dalam hal-hal berkaitan agama, tiada kompromi. Abah menitik beratkan perkara asas solat dan mengaji alquran hinggakan sampai sekarang pun abah masih bertanya pada setiap anaknya setiap kali solat berjemaah untuk memastikan anak-anaknya teguh dengan islam.


tapi alhamdulillah, apa yang abah marah dan ajar dahulu memang betul pun. semuanya kerana ingin mendidik anak-anaknya erti kebersihan yang hakiki. kebersihan yang perlu diusahakan oleh setiap insan bergelar muslim.

wallahualam...

Saturday, March 28, 2009

Pemimpin dan rakyat

Kepimpinan merupakan sesuatu yang bukan semua orang mampu lakukan. Apabila dikaitkan dengan kepimpinan, semua orang akan terfikir akan kuasa. Ada orang mampu menjadi pemimpin, ada yang tidak sanggup menggalas tanggungjawab berat ini dan tidak kurang juga yang gilakan kuasa untuk memimpin. Akan tetapi, untuk menjadi dan mencari seorang pemimpin yang berkualiti pada masa sekarang amatlah sukar. Kadang-kadang kita sendiri lupa diri apabila diberi mandat untuk memimpin.

Rasulullah ada mengingatkan kita tentang larangan gila kuasa dalam hadisnya:
Abdul Rahman Ibnu Samurah berkata:” Nabi SAW berkata kepada ku:”Hai Abdul Rahman Ibnu Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan.”

Hadis diatas cukup jelas menyatakan larangan gila kuasa di kalangan umat islam. namun apa yang mampu kita lihat sekarang, terlalu ramai golongan mementingkan kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja demi menjamin kestabilan kuasa memimpin di tangan mereka. Pemimpin yang ada sekarang mempunyai hidup yang senang dengan harta dan kemewahan hidup. Jika kita hayati kisah-kisah nabi dan para sahabat, kita akan tahu akan betapa sukarnya hidup pemimpin yang zuhud di jalan kebenaran.

Setiap insan bergelar lelaki diberi dengan kelebihan ciri-ciri menjadi pemimpin oleh ALLAH sebagai satu sifat yang perlu dalam memimpin keluarga apabila berkahwin kelak. Menjadi pemimpin kepada masyarakat bukannya mudah, bahkan menjadi pemimpin keluarga pun sudah banyak pancarobanya. Dan jika telah dipilih menjadi pemimpin, masih banyak garis panduan dalam menjadi pemimpin yang terbaik. Jika ianya difahami oleh pemimpin-pemimpin sekarang, saya percaya sudah pasti mereka tidak berfikir banyak kali sebelum menggalas tanggungjawab sukar ini.

Apabila menjadi pemimpin, akhlak merupakan sesuatu yang penting kerana ianya mampu dinilai oleh setiap manusia. Akidah dan ibadah hanyalah ALLAH yang boleh menilai macam mana seorang pemimpin itu. Namun begitu, akhlak boleh dilihat oleh mata kasar. Rasulullah mengingatkan setiap insan berakhlak mulia bukan sekadar kepada pemimpin tapi seluruh umat islam khususnya.

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:“Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.
Riwayat Muslim

Akhlak merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan seorang muslim sejati, bahkan ianya bertambah penting bagi seorang pemimpin kerana masyarakat akan menilai pemimpin berdasarkan akhlaknya. Ketinggian tamadun sesuatu masyarakat bergantung pada akhlaknya. tinggi akhlaknya nescaya akidah dan ibadahnya terpelihara.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.”
Riwayat Muslim

Pemimpin yang terbaik ialah pemimpin yang tidak mementingkan dirinya sendiri. Rasulullah sering meningatkan kita akan lahirnya pemimpin yang pentingkan diri sendiri. kita boleh menilai sendiri di negara kita macam mana pemimpin kita. Rasulullah juga menegaskan kita supaya menunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat jika kita dipimpin oleh golongan ini. apa yang mampu kita lakukan adalah sekadar berdoa kepada ALLAH kerana doa merupakan senjata utama muslim.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? “Baginda s.a.w. menjawab, “ hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.”
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:” Kamu wajib patuh dan setia sama ada dalam keadaan susah mahupun senang, disukai atau dibenci dan biarpun merugikan kepentinganmu.”
(Muslim)


Kita hidup di akhir zaman dan sudah menjadi kewajipan kita sebagai umat islam untuk bersatu dalam menegakkan kembali syiar islam. walaupun dalam islam, kita dilarang menjadi penentang kepada pemimpin , kita mampu lagi berdakwah secara perlahan-lahan. Bahkan rasulullah dahulu, berdakwah secara rahsia selama beberapa tahun sebalum berdakwah secara terang-terang. Akar umbinya adalah rakyat dan bukannya pemimpin, pemimpin silih berganti tetapi rakyat sentiasa disisi. Jika rakyat bersatu, nescaya akan lahir pemimpin yang berkualiti dalam kalangan masyarakat kita, islam khususnya.

Pemimpin yang adil akan mendapat tempat yang tinggi disisi ALLAH. mencari pemimpin yang sempurna sesuatu yang mustahil kerana tiada pemimpin yang yang maksum melainkan rasulullah. akan tetapi kita perlu mencari pemimpin yang dapat menerima pandangan orang ramai dan berilmu dalam agama dan sebagianya. hanya ilmu yang dapat mendekatkan diri pada ALLAH dalam mencari taufik dan hidayah-NYA.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah akan menduduki beberapa mimbar yang diperbuat daripada cahaya. Mereka ialah orang-orang yang berlaku adil di dalam pemerintahan, ke atas keluarga dan apa-apa yang ditadbir oleh mereka”.
Riwayat Muslim

Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang memberi fatwa dengan tidak berdasarkan ilmu akan dilaknat oleh Malaikat langit dan bumi."

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Sesungguhnya binasalah orang-orang yang sebelum kamu disebabkan orang-orang atasan apabila mencuri mereka membiarkannya , dan apabila orang lemah mencuri mereka menjatuhkan hukuman ke atasnya.”
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Dalam kehidupan yang mementingkan kebendaan, kita terlalu alpa dengan keindahan dunia yang sementara. kita lupa akan janji Pencipta yang pasti akan datangnya kiamat. Kita sayangkan agama, bangsa dan negara kita akan tetapi apakah yang telah kita lakukan terhadap agama, bangsa dan negara. jika kita hayati kisah salahudin al-ayubi mesti kita akan tahu nili sebenar pemimpin yang sejati. Seperti mana umar alkhatab yang di gelar pedang ALLAH tetapi mereka tidak syahid di medan perang. mereka mati sebagai manusia biasa betapa ALLAH menggambarkan kekuatan mereka sehingga tiada musuh dapat menewaskan mereka, hanya ALLAH yang mampu mencabut nyawa mereka.

Salahudin Al-ayubi merupakan perisai kepada umat islam ketika zamanya. Matinya dengan tiada harta yang ditinggalkan melainkan kejayaannya dalam memartabatkan islam. Pemimpin seperti inilah yang kita dahagakan. Mudahan kita diberikan pemimpin seperti ini suatu ketika nanti. Pemimpin yang hidup dan matinya kerana ALLAH dan berbakti pada jalan ALLAH.

Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa.”
(Muslim)

Janganlah membuat salah perhitungan dalam ghairah mencari keredhaan ALLAH. pemimpin yang terbaik datangya dengan akidah, ibadah dan akhlak yang terbaik. Bersatulah wahai umat islam demi mencari keredhaan ALLAH. doakanlah mudahan bakal atau pemimpin kita diberi petunjuk ALLAH. masih bersyukur kerana dilahirkan sebagai umat islam walaupun iman dihati terlalu nipis. InsyaALLAH akan berusaha mencari kemanisan iman sejati.

wallahualam..

Monday, March 23, 2009

Salahuddin Al-ayubi tokoh yang dikagumi

1) Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk menjadi pemimpin agung. Ketika dia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, Sultan Aleppo, dia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syiah yang tidak bernaung di bawah khalifah.

2) Dalam medan peperangan dia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Dia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Dia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

3) Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukit pun akan mengecut daripada bebanan yang dibawa di dalam hatinya. Pada hari jumaat, 27 Rajab (583H), iaitu pada hari Isra Mi'raj, Salahuddin telah memasuki bandar suci tempat Rasulullah saw naik ke langit. Dalam catatan Bahauddin, dia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri daripada ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan dengan gembiranya atas kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan Allah" telah memenuhi langit.

4) Lane-Poole menulis bahawa, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dia adalah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya, bahkan mungkin di sepanjang zaman. Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakala yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian dia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian.

5) Hampir semua raja dan panglima perang daripada dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tenteranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu. Peperangan ini berlanjutan selama lima tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk membuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah penguasa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.

6) seluruh kekuatan dunia Kristian yang telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu, tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan mereka yang tidak pernah berbelah bagi. Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja.

7) Wafatnya Salahuddin Pada hari Rabu, 27 Safar (589H), pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas dia jatuh sakit, dia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Jaafar seorang yang wara' telah diminta untuk menemani Salahuddin di Istana supaya jika dia nazak, bacaan al-Quran dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak tiga hari yang lepas membacakan al-Quran. Dalam masa ini, Salahuddin selalu pengsan dan sedar sebentar.

8) Sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga terakhir di mana dia telah tersangat lemah dan selalu pengsan. Tetapi dia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Dia tidak pernah membayar zakat kerana dia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Dia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya dia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Dia tidak meninggalkan harta selain itu.

9) Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun dia berpuasa sehinggalah doktor menasihatkannya dengan keras supaya berbuka. Lalu dia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, "Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku". Maka segera dia membayar fidyah. Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi dia tidak pernah berkesempatan. Dia sangat gemar mendengar bacaan al-Quran. Dalam medan peperangan, acap kali dia duduk mendegar bacaan al-Quran para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu semalam. Dia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya. Dia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Dia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, dia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang dia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinangan. Dalam peperangan kadang-kadang dia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendengarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya.

10) Dia telah meluangkan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari isnin dan selasa. Pada masa ini dia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Dia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkannya untuk dituliskan oleh jurutulis untuk tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Dia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi dia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama dia sentiasa bertasbih kepada Allah. Jika ada orang membuat aduan, dia akan mendengar dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya.

11) Suatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Lalu dengan segera dia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan, dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, dia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain. Dia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidak adilan. Dia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, dia tidak pernah memarahi sehingga menjatuhkan air muka mereka.

12) Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya, tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tetamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan dia menyambutnya dengan tangan terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika Raja Inggeris itu sakit. Hatinya memang sangat lembut hingga dia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan.

13) Bahauddin ada mencatatkan bahawa, betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, "Aku hendak beritahu padamu apa yang ada dalam hatiku. "Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, kuberikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tidak akan meletakkan senjataku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai."

subhanaALLAH maha suci ALLAH. andai kata setiap umat islam mempunyai keperibadian seperti ini. insyaALLAH bersinarlah islam seperti dahulu. wallahulam...